Sektor Pengurusan Sekolah

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Sabtu, 16 Disember 2017

 

 

1. Apakah kriteria perpindahan murid yang perlu dirujuk ke Sektor Pengurusan Sekolah JPN?

a. Permohonan tukar Aliran (dari SJKC ke sekolah kebangsaan)

b  Daftar lewat (murid tidak bersekolah pada tahun yang sepatutnya)

c. Belajar Semula (permohonan belajar semula ke sekolah harian)

d. Permohonan dari sekolah swasta, sekolah agama, kolej vokasional, sekolah berasrama penuh

e. Permohonan murid bukan warganegara.

 

2. Bagaimanakah proses perpindahan murid sekolah kebangsaan dalam daerah yang sama?

Melengkapkan borang permohonan pertukaran pelajar (Jadual Ketiga) di sekolah asal dan mengemukakan permohonan ke PPD.

 

3. Bagaimanakah proses permohonan belajar di Kolej Vokasional?

Bagi calon lepasan PT3, permohonan ke Kolej Vokasional (dan Sekolah Menengah Teknik) adalah secara online di laman web www.moe.gov.my. Keputusan penawaran juga diumum secara online.

 

4. Bagaimanakah proses permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh KPM?

Permohonan hanya secara online di laman web KPM http://www.moe.gov.my.  Pemohon perlu mencetak 1 salinan permohonan lengkap untuk rujukan dan simpanan. Semakan keputusan boleh dibuat dilaman web yang sama atau menghubungi talian 03-83217400 (BPSBPSK).

 

5. Bilakah tarikh permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dibuka?

Tempoh permohonan ke Tingkatan 1 ialah pada 1 Oktober hingga 30 Oktober manakala bagi permohonan ke Tingkatan 4 (di SBP terpilih sahaja) ialah pada 1 November hingga 30 November (bergantung kepada pengumuman KPM).

 

 

6. Apakah syarat pemilihan Tingkatan 1 SBP?

a. Murid mestilah warganegara Malaysia

b. Murid Sekolah Kebangsaan

c. Cemerlang Akademik

d. Aktif dalam kokurikulum 

 

7. Apakah syarat pemilihan Tingkatan 4 SBP?

a. Murid mestilah warganegara Malaysia

b. Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan

c. Cemerlang Akademik

d. Aktif dalam kokurikulum 

 

8. Apakah syarat kelayakan kemasukan kanak-kanak pra sekolah KPM?

a. Kanak-kanak tersebut mesti warganegara Malaysia

b. Mencapai usia 5 tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan.

c. Keutamaan pemilihan berasaskan merit pendapatan ibubapa/ penjaga (berdasarkan perkapita)

d. Terhad kepada 25 orang pelajar sahaja dalam sebuah kelas

e. Pemilihan dibuat oleh jawatankuasa pemilih

 

9. Bagaimanakah proses permohonanan masuk ke pra sekolah KPM?

Permohonan pra sekolah adalah secara online melalui laman web eprasekolah www.moe.gov.my.

 

10. Bilakah tarikh pendaftaran murid pra sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia?

a. Tarikh mula pendaftaran: 1 Jun tahun sebelum sesi persekolahan

b. Tarikh tutup: 30 September

c. Surat tawaran masuk: 11 November

d. Jawapan penerimaan tawaran: 30 November

 

 

 

 

 

 

 

 

View My Stats