Pejabat Pendidikan Daerah Kota Belud

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Jumaat, 15 Disember 2017

 

ALAMAT LOKASI :

TINGKAT 1, BLOK D & E,

BANGUNAN GUNASAMA PERSEKUTUAN KOTA BELUD,

JALAN KG. BUTONG, KOTA BELUD, SABAH

 

NO. TEL : 088 976 311

NO. FAK : 088 976307

EMAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KOTA BELUD

 

EN. ABDUL BAHKRIN HJ. MOHD. YUSOF

 

 

 

 

 

                    

CARTA ORGANISASI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BELUD

 

 

 

OBJEKTIF PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

1. Memimpin, menyelia dan menilai pengurusan sekolah di daerah demi meningkatkan prestasi sekolah-sekolah ke arah pendidikan bermutu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru Negara dengan mengambilkira kebitaraan sekolah-sekolah;

2. Merancang dan melaksanakan program Perkembangan Staf, Perkembangan Profesionalisme serta meningkatkan Prestasi Kurikulum dan Kokurikulum;

3. Mengenalpasti dan merancang penyelesaian masalah-masalah dan kelemahan-kelemahan pengajaran- pembelajaran di sekolah;

4. Memimpin sekolah mengenalpasti dan memperkembangkan potensi individu murid dalam kontek konsep pendidikan seumur hidup;

5. Memimpin sekolah untuk memperkembangkan sosial yang berterusan Serta sensitif kepada perkembangan dan perubahan sosial dan ekonomi negara;

6. Mewujudkan satu bank data yang kemaskini demi untuk pengurusan sumber yang berkesan;

7. Membantu Jabatan Pendidikan Negeri Sabah merancang dan melaksanakan projek pembangunan, urusan penyelenggaraan bangunan dan perbekalan;

8. Memimpin sekolah mewujudkan satu perhubungan yang lebih berkesan dengan masyarakat.

 

 

 

 

 


PIAGAM PELANGGAN

 

 

1.  MEMASTIKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DI PEJABAT PENDIDIKAN  DAERAH KOTA BELUD SERTA SEKOLAH SECARA SISTEMATIK, CEKAP DAN BERKUALITI.

 

2.   MEWUJUDKAN HUBUNGAN INSAN SESAMA INSAN DI PERINGKAT INSTITUSI PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BELUD MESRA DAN BEKERJASAMA.

 

3.   MEMPASTIKAN KESELAMATAN, KECERIAAN, KEBERSIHAN SERTA KEBAJIKAN SEKOLAH DAN WARGA PENDIDIKAN DI BERI KEUTAMAAN.

 

4.   MENYEDIAKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG TERBAIK BERASASKAN BUDAYA ILMU YANG MEMENUHI KEHENDAK INDIVIDU, MASYARAKAT DAN NEGARA SERTA  MEMENUHI MATLAMAT PERPADUAN NEGARA.

 

5.   MEMASTIKAN SEMUA PERMOHONAN PERTUKARAN, PENEMPATAN GURU DAN MURID KE SBP DIPROSES DAN DIKEMUKAKAN KE JABATAN PENDIDIKAN SABAH SEBELUM TARIKH TUTUP.SURAT-SURAT PEMAKLUMAN KELULUSAN PERTUKARAN / PENEMPATAN MURID KEPADA YANG BERKENAAN “DUA MINGGU” (14 HARI) DARIPADA TARIKH SURAT PEMAKLUMAN KEPUTUSAN MESYUARAT.

 

6.   MEMBERI PELUANG YANG SAMA KEPADA SETIAP KANAK-KANAK TANPA MENGIRA LATAR BELAKANG, AGAMA DAN KETURUNAN UNTUK MENDAPAT PENDIDIKAN YANG SEBAIK-BAIKNYA.

 

7.   MEWUJUDKAN JENTERA DAN SISTEM PENGURUSAN PENDIDIKAN YANG CEKAP, BERKESAN, CANGGIH, DINAMIK DAN BERTERASKAN KEPADA PEMBAHARUAN YANG BERTERUSAN.

 

8.   MENYEDIAKAN STAF YANG MENCUKUPI SERTA BERDEDIKASI, KOMITED, TERLATIH, BERDISIPLIN, BERTANGGUNGJAWAB DAN PRODUKTIF SERTA MENGURUSKAN KERJA DENGAN CEKAP , PANTAS DAN BIJAKSANA.

 

9.   MENYEDIAKAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN PENDIDIKAN YANG SELESA, LENGKAP DAN MENCUKUPI BERTERASKAN PIAWAIAN-PIAWAIAN TERTENTU SELARAS DENGAN PENGAMALAN PERKHIDMATAN PENYAYANG.

 

10.  MEMASTIKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BELUD SENTIASA PEKA DAN RESPONSIF KEPADA KEHENDAK-KEHENDAK DAN KEPERLUAN – KEPERLUAN PELANGGAN, MURID, GURU, MASYARAKAT DAN NEGARA.

 

11.  SENTIASA BERSEDIA MENERIMA PANDANGAN CADANGAN, SYOR DAN TEGURAN UNTUK MEMPERTINGKATKAN KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN DI UNIT SEKOLAH, AKADEMIK, AKAUN, PENTADBIRAN, KO-KURIKULUM, PSPB,

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BELUD.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

View My Stats