Pejabat Pendidikan Daerah Tambunan

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Jumaat, 15 Disember 2017

                                                                                                                           
                                                                                                                                                                         

                                                                                                      PEJABAT  PENDIDIKAN  DAERAH  TAMBUNAN

                                                                                                                  TINGKAT 2,  KOMPLEKS MDT

                                                                                                       JALAN   DEWAN  MASYARAKAT  TAMBUNAN

                                                                                                              89657 TAMBUNAN, SABAH, MALAYSIA

                                                                                                                          TEL : 087-774227 / 774144

                                                                                                                          FAKSIMILI : 087-774794

                                                                                                              Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  

Pegawai Pendidikan Daerah : Encik Haison Bin Jahudin
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

CARTA ORGANISASI
 

 

 

VISI

 

" PENDIDIKAN  BERKUALITI  

INSAN  TERDIDIK

NEGARA  SEJAHTERA "

 

 

MISI

 

" MELESTARIKAN  SISTEM  PENDIDIKAN  YANG  BERKUALITI

UNTUK  MEMBANGUNKAN  POTENSI  INDIVIDU

BAGI  MEMENUHI  ASPIRASI  NEGARA "

 

OBJEKTIF

 

1. Menjadikan daerah Tambunan mempunyai Sistem Pengurusan
    Pendidikan yang cemerlang,berkesan dan berkualiti

2. Menjadikan setiap sekolah di daerah Tambunan mempunyai sistem
    pengurusan yang cemerlang dan berkualiti yang berterusan

3. Menjadikan setiap sekolah di daerah Tambunan cemerlang dalam
    kurikulum dan kokurikulum

4. Membentuk warga pendidik yang berwibawa,berbudaya saing dan
    mengamalkan budaya kerja yang berkualiti dan berkesan

5. Menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang terbaik kepada 
    sekolah untuk merancang pengajaran dan pembelajaran

6. Meneruskan pelaksanaan Perancangan Strategik SAGA dan PIPP. 

 

SLOGAN

"Tambunan Gemilang, Murid didahulukan, Pencapaian diutamakan"

 

 

PIAGAM  PELANGGAN

 

Bahawa kami seluruh staf PPD Tambunan,Sabah dengan penuh tekad, berikrar dan berjanji menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami bagi mewujudkan khidmat pengurusan pendidikan yang berkesan di sekolah-sekolah daerah Tambunan melalui:


1. Pengurusan
 

  • PPDT sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan seperti murid, guru, masyarakat dan negara; dan  
  • Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan;
  • Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana.
  •  

2. Guru

 

  • Memantapkan kredibiliti profesion keguruan yang berfokus dan berkualiti.
  • Memastikan guru sentiasa komited dengan tugas dan tanggungjawab.
  • Memupuk sifat guru penyayang dan bertimbangrasa khususnya kepada anak didik di sekolah.
  • Memastikan kebajikan guru diberi perhatian sewajarnya.
  • Memastikan bahawa semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru secukupnya mengikut keperluan sekolah.
  • Memastikan penempatan dan pertukaran guru mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
  •  

3. Murid

 

  • Mendapat ilmu pengetahuan yang berkualiti dalam semua bidang kurikulum,kokurikulum dan sahsiah.
  • Mendapat layanan yang adil dan saksama.
  • Memberi peluang yan sama kepada setiap murid tanpa mengira latar belakang,agama dan keturunan untuk mendapatkan pendidikan yang seimbang.
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang kondusif,selamat dan lengkap berteraskan piawaian tertentu selaras dengan pengamalan perkhidmatan penyayang.
  •  

4.  Waris

 

  • Memberi layanan khidmat kaunter yang adil,cepat dan mesra.
  • Setiap aduan akan disiasat dan diberi maklumbalas dalam tempoh 14 hari.
  • Setiap cadangan akan diteliti dan diberi pertimbangan sewajarnya.
  •  

5.  Kementerian Pendidikan

 

  • Memastikan setiap arahan dan surat dari pihak JPN dan KPM diambil tindakan selewat-lewatnya 3 hari selepas surat atau arahan diterima.
  • Menghantar laporan dengan kadar yang segera kepada JPN dan KPM yang diperlukan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

 

FUNGSI-FUNGSI  PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAMBUNAN

 

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

 

 1. Membuat pencerapan, penyeliaan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah rendah dan menengah;

 2. Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti kurikulum di sekolah rendah dan menengah;

 3. Menyelaras, melaksanakan aktiviti pembangunan akademik dan perkembangan pegawai pendidikan mengikut bidang yang ditentukan bagi jangka pendek dan sederhana;

 4. Memantau, menilai pencapaian akademik serta perlaksanaan langkah-langkah pemulihan;

 5. Menggembeling guru-guru cemerlang mengetuai panitia dalam bidang masing-masing.

 6. Bekerjasama dengan PKG, BTPN dalam aspek teknologi pendidikan dan pelaksanaan kurikulum sekolah bestari;

 7. Memantau, menyelaras dan memastikan pentaksiran berasaskan sekolah bagi setiap mata pelajaran yang ditetapka

 

UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

 

 1. Mengurus dan mengendalikan pelbagai peperiksaan awam dalam dan luar negeri di peringkat daerah.

 2. Mengurus dan mengendalikan PTK diperingkat daerah;

 3. Membantu menguruskan pendaftaran calon peperiksaan peringkat daerah;

 4. Memberi maklumat dan sokongan untuk pentauliahan pusat peperiksaan;

 5. Urusetia setiap program latihan penilaian di peringkat daerah;

 6. Mengurus dan mengendalikan Pentaksiran Sekolah dalam daerah;

 7. Mengurus keselamatan peperiksaan di daerah;

 8. Merancang,mengurus dan mengelola penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan dan penilaian peperiksan di daerah;

 9. Menyelaras, memproses maklumat dan data sekolah / calon peperiksaan di daerah;

 10. Memberikan khidmat nasihat tentang peperiksaan awam di peringkat daerah;

 11. Memberi maklumat yang tepat, cepat dan jitu tentang peperiksaan di daerah.

 

UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

 

 1. Mengurus, menyelaras aktiviti Kurikulum dan Ko-kurikulum Pendidikan Islam /Moral.

 2. Menyelia, memantau keberkesanan pelaksanaan Kurikulum dan Ko-kurikulum Pendidikan Islam /Moral;

 3. Menganalisa peperiksaan PAFA dan yang berkaitan;

 4. Penempatan /Pertukaran Guru Agama;

 5. Menyelaras kemasukan pelajar ke kelas aliran Agama;

 6. Menyelaras pembangunan dan perkembangan guru-guru pendidikan Islam termasuk melalui kursus-kursus dalam perkhidmatan.

 

UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

 

 1. Menyelia pengurusan dan pentadbiran sekolah rendah, menengah termasuk institusi pendidikan yang dibawah bidang kuasa PPD;

 2. Penempatan dan Pertukaran guru dalam daerah;

 3. Penempatan dan Kemasukan murid di daerah;

 4. Kelulusan permohonan guru ganti , KGSK;

 5. Panel pergerakan gaji dan nilaian prestasi;

 6. Kelulusan Cuti Guru Besar / Pengetua;

 7. Kelulusan permohonan pelancongan/pendaftaran PIBG;

 8. Pendaftaran kemasukan murid asing;

 9. Menyelia dan Menyelaras Pendidikan Khas/ Pendidikan Swasta di peringkat daerah;

 10. Mengurus kebenaran mengutip derma

 11. Mengurus kebenaran membuat kajian

 12. Mengurus kelulusan permohonan membuat lawatan oleh sekolah

 13. Mengurus tugas-tugas protokol

 14. Mengurus latihan untuk pegawai dan staf

 15. Mengurus latihan LDP untuk sekolah

 

UNIT PENGURUSAN KEMANUSIAAN

 

 1. Merancang , melaksana, menyelaras dan memantau

                           • Program berkaitan disiplin dan keselamatan murid

                           • Pengurusan Asrama Sekolah

                           • Biasiswa / Bantuan Pelajar Miskin dan lain-lain bantuan pendidikan

                           • Bantuan Skim Pinjaman Buku teks

                           • Program bimbingan, kaunseling dan kerjaya murid

                           • Program Pendidikan Pencegahan Dadah kerjasama dengan agensi lain

 

 KOKURIKULUM

 

 1 Merancang , melaksana, menyelaras dan memantau

                           • aktiviti kelab/persatuan dan badan beruniform di peringkat sekolah dan daerah

                           • kursus penasihat kokurikulum kepada guru-guru

                           • kerjasama dengan agensi lain

 2 Menilai pelaksanaan program dan mencadang penambahbaikan

 

 SUKAN

 

 1 Merancang , melaksana, menyelaras dan memantau

 • Aktiviti sukan di peringkat sekolah dan daerah

 • kursus kejurulatihan sukan kepada guru-guru

 • Kerjasama agensi lain dalam aktiviti sukan

 2 Urusetia sukan MSSD

 3 .Menilai pelaksanaan program dan mencadang penambahbaikan

 

 

UNIT PERKHIDMATAN DAN PENTADBIRAN

 

1.  Mengurus dan menyelaras urusan pentadbiran am dan kewangan peringkat daerah;

2.  Mengurus hal ehwal perkhidmatan/perjawatan guru dan bukan guru di peringkat daerah;

3.  Mengurus hal ehwal pembayaran gaji, tuntutan perjalanan/perpindahan dan lain-lain di peringkat daerah;

4.  Mengurus dan memperakukan terimaan dan kutipan hasil;

5.  Menguruskan rekod harta tetap dan pelupusan;

6.  Mengawalselia penyediaan Penyata Akaun Sekolah dan mempastikan tiada laporan audit bersyarat;

7.  Mengawalselia rekod kewangan dan akaun (Buku Vot, daftar bil dan sebagainya);

8.  Menyediakan belanjawan tahunan;

9.  "Melaksanakan sistem kewangan secara elektronik;"

10. Menyediakan khidmat nasihat dan rujukan dalam pengurusan kewangan kepada sekolah-sekolah.

11. Menguruskan buku rekod perkhidmatan ( BRP )

 

 

UNIT PEMBANGUNAN,PEROLEHAN DAN ASET

 

1. Membantu membuat unjuran keperluan dan merancang prasarana pendidikan dari segi fizikal di peringkat daerah.

 2. Memantau kerja-kerja penyelenggaraan prasarana pendidikan khususnya di sekolah;

 3. Menguruskan tender dan sebut harga di peringkat daerah (yang berkaitan);

 4. Pemantauan bekalan peralatan dan perabot untuk sekolah / asrama.

 5. Mengumpul maklumat berhubung dengan pembangunan dan tapak projek;

 6. Bertanggunjawab terhadap pemantauan dan pembayaran melalui sistem PMS;

 7. Menghadiri mesyuarat tapak dan menyediakan laporan.

 

UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT DAN ICT

 

 1. Menyelaras dan melaksanakan penggunaan sistem aplikasi yang dijadualkan di peringkat daerah;

 2. Menguruskan kemasukan data, pencetakan laporan dan analisa data;

 3. Menguruskan hal-hal pengendalian perkakasan dan perisian aplikasi;

 4. Memberi input dan menyediakan ulasan perolehan peralatan komputer.

 5. Menyediakan khidmat sokongan teknikal

 6. Menyelaras dan menyenggara laman web

 7. Menyelia keselamatan sistem maklumat PPD

 

UNIT JAMINAN KUALITI

 

 1.  Bertindak sebagai pakar rujuk kepada kumpulan pengetua dan guru besar

 2.  Mengesan masalah dan memberi tunjuk ajar secara hand-on kepada pengurus dan pendidik di sekolah

 3.  Membantu pengurus sekolah untuk menyelesaikan kekangan dalam pengurusan dan pentadbiran

 4.  Melatih pemikiran pengurusan sekolah ke arah lebih berfikiran positif dan dinamik

 5.  Membantu dalam memperkasakan sekolah

 6.  Menjadi urus setia tetap mesyuarat pengurusan PPD dan semua urusan mendapatkan maklum balas minit mesyuarat pengurusan di peringkat PPD yang di tentukan oleh  

      pihak pengurusan atasan

 7.  Menyelarsakan pelaksanaan sistem penguruan perkhidmatan awam dan pekeliling perkhidmatan lain yang berkaitan

 8.  Merancang, menyelaras dan melaksanakan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej pengurusan yang bertaraf dunia

 9.  Menyelaraskan pengumpulan, penyelenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedaran laporan dan pelbagai dokumen kualiti di dalam organisasi

10. Menyelaras semua anugerah kualiti dan inovasi di peringkat PPD.

11. Merancang,menyelaras dan melaksanakan Audit Dalaman bagi seluruh proses kerja dalam organisasi

                                                                                  

View My Stats