Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu
Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Selasa, 17 Oktober 2017

 

 

 

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

 

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


MOTTO
"PPD KOTA MARUDU BEYOND THINKING"

Mencabar Kemustahilan, Mencipta Keunggulan

 

 

 

OBJEKTIF

  • Menggembleng tenaga semua staf secara optimum dalam proses pengurusan dan pentadbiran bagi mewujudkan situasi pengurusan dan pentadbiran yang berkesan kepada semua pelanggan; Menjadikan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu sebagai sebuah PPD Gemilang Menjelang 2016; Mengamalkan semangat kekitaan dan perkongsian maklumat di kalangan pelajar, guru, ibubapa, komuniti,agensi kerajaan,swasta dan staf demi kesejahteraan bersama; Membasmi kemiskinan melalui pendidikan; dan Memiliki kesedaran, tanggungjawab yang tinggi dan kesediaan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

 

FUNGSI

  • Wakil Jabatan Pendidikan Negeri di peringkat Daerah. Merancang dan melaksanakan program pembangunan fizikal, sosial, kemanusiaan dan kerohanian di peringkat daerah. Merancang dan melaksanakan program ikhtisas bagi meningkatkan kecekapan staf. Mengendali, mengurus dan mengawal keperluan kewangan dan perbelanjaan tahunan bagi sekolah-sekolah. Menyelia aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran sekolah-sekolah. Mengawal disiplin, tatatertib dan etika kerja Ketua Unit, Penyelia, Pengetua, Guru Besar, Guru-guru dan Kakitangan Bukan Mengajar. Mengurus dan mentadbir perkhidmatan dan kebajikan Guru-guru dan kakitangan Bukan Mengajar.

PIAGAM PELANGGAN

  • Kami warga PPD Kota Marudu dengan penuh tekad dan iltizam akan menumpukan seluruh tenaga
  • dan usaha kami untuk;

Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak pelanggan.

 

  • Memastikan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap dan berintegriti terhadap kehendak pelanggan.

 

  • Mengurus semua aduan yang ditujukan kepada PPD Kota Marudu dalam tempoh 14 hari bekerja.

 

  • Mengupaya dan memperkasakan warga pendidikan Kota Marudu untuk mencapai aspirasi pendidikan negara.

 

  • Mempertingkatkan pengurusan kualiti kurikulum, ko-kurikulum dan hal ehwal murid (HEM)
  • mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

 

  • Menyediakan data dan maklumat asas pendidikan dengan cepat, cermat, tepat dan berintegriti.

 

  • Menguruskan penempatan / pertukaran guru dan murid mengikut prosedur yang ditetapkan.

 

  • Meningkatkan kecekapan, akauntabiliti, dan integriti dalam aspek pengurusan kewangan.

 

  • Mengurus keperluan infrastruktur pendidikan sekolah mengikut keperluan dan sumber yang dipertanggungjawabkan.

 

  • Sentiasa menjalin hubungan baik dan kerjasama dengan komuniti dan agensi-agensi luar.

 

  • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, teguran dan cadangan yang membina demi mempertingkatkan perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.

 

 

 
View My Stats