Pejabat Pendidikan Daerah Kudat
Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Selasa, 17 Oktober 2017

 

{slider CARTA ORGANISASI}

Pejabat Pendidikan Daerah Kudat

 

 

 

{sliderI}

 


SL0GAN
 
"KUDAT JUARA"
 
 
OBJKETIF
}
 

 

OBJEKTIF

 

1. Menjana pengurusan dan kepimpinan terbaik pendidikan di Daerah Kudat


2. Menjana pengurusan terbaik dan mempertingkatkan prestasi akademik dalam semua peperiksaan awam di Daerah Kudat

 

3. Menjana pengurusan Kokurikulum Daerah Kudat


4. Menjana pengurusan sektor kemanusiaan dengan berkesan


5. Menyelaras urusan pembangunan dan penyelanggaraan fizikal sekolah-sekolah Daerah Kudat


6. Menjana pengurusan peperiksaan Awam dalam Daerah Kudat dengan berkesan


7. Menjana pengurusan pendidikan dengan berkesan


8. Menjana Pengurusan Maklumat dan ICT daerah dengan berkesan


9. Mengurus kewangan kerajaan dengan telus, berhemah dan  amanah

 

 

PIAGAM PELANGGAN

 

 

PIAGAM PELANGGAN    

Kami warga Pejabat Pendidikan Daerah Kudat dengan penuh tekad, berazam dan berikrar

akan menumpuhkan seluruh tenaga dan usaha kami untuk melaksanakan semua

yang dinyatakan dibawah ini dengan cemerlang dan berkesan:

 

Pengurusan Pejabat Dengan Cemerlang dan Berkesan

 

Pengurusan Sekolah

 

Pengurusan Sumber Manusia

 

Pengurusan Kurikulum

 

Pengurusan Penilaian dan Peperiksaan

 

Pengurusan Hal Ehwal Murid

 

Pengurusan Kokurikulum

 

Pengurusan Kewangan

 

Pengurusan Pembangunan

 

Pengurusan Maklumat

 

 

 

 

 

FUNGSI

 

 

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

 1. Membuat pencerapan, penyeliaan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah rendah dan menengah;

 2. Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti kurikulum di sekolah rendah dan menengah;

 3. Menyelaras, melaksanakan aktiviti pembangunan akademik dan perkembangan pegawai pendidikan mengikut bidang yang ditentukan bagi jangka pendek dan sederhana;

 4. Memantau, menilai pencapaian akademik serta perlaksanaan langkah-langkah pemulihan;

 5. Menggembeling guru-guru cemerlang mengetuai panitia dalam bidang masing-masing.

 6. Bekerjasama dengan PKG, BTPN dalam aspek teknologi pendidikan dan pelaksanaan kurikulum sekolah bestari;

 7. Memantau, menyelaras dan memastikan pentaksiran berasaskan sekolah bagi setiap mata pelajaran yang ditetapkan

 

UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

 1. Mengurus dan mengendalikan pelbagai peperiksaan awam dalam dan luar negeri di peringkat daerah.

 2. Mengurus dan mengendalikan PTK diperingkat daerah;

 3. Membantu menguruskan pendaftaran calon peperiksaan peringkat daerah;

 4. Memberi maklumat dan sokongan untuk pentauliahan pusat peperiksaan;

 5. Urusetia setiap program latihan penilaian di peringkat daerah;

 6. Mengurus dan mengendalikan Pentaksiran Sekolah dalam daerah;

 7. Mengurus keselamatan peperiksaan di daerah;

 8. Merancang,mengurus dan mengelola penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan dan penilaian peperiksan di daerah;

 9. Menyelaras, memproses maklumat dan data sekolah / calon peperiksaan di daerah;

 10. Memberikan khidmat nasihat tentang peperiksaan awam di peringkat daerah;

 11. Memberi maklumat yang tepat, cepat dan jitu tentang peperiksaan di daerah.

 

UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

 1. Mengurus, menyelaras aktiviti Kurikulum dan Ko-kurikulum Pendidikan Islam /Moral.

 2. Menyelia, memantau keberkesanan pelaksanaan Kurikulum dan Ko-kurikulum Pendidikan Islam /Moral;

 3. Menganalisa peperiksaan PAFA dan yang berkaitan;

 4. Penempatan /Pertukaran Guru Agama;

 5. Menyelaras kemasukan pelajar ke kelas aliran Agama;

 6. Menyelaras pembangunan dan perkembangan guru-guru pendidikan Islam termasuk melalui kursus-kursus dalam perkhidmatan.

 

UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

 1. Menyelia pengurusan dan pentadbiran sekolah rendah, menengah termasuk institusi pendidikan yang dibawah bidang kuasa PPD;

 2. Penempatan dan Pertukaran guru dalam daerah;

 3. Penempatan dan Kemasukan murid di daerah;

 4. Kelulusan permohonan guru ganti , KGSK;

 5. Panel pergerakan gaji dan nilaian prestasi;

 6. Kelulusan Cuti Guru Besar / Pengetua;

 7. Kelulusan permohonan pelancongan/pendaftaran PIBG;

 8. Pendaftaran kemasukan murid asing;

 9. Menyelia dan Menyelaras Pendidikan Khas/ Pendidikan Swasta di peringkat daerah;

 10. Mengurus kebenaran mengutip derma

 11. Mengurus kebenaran membuat kajian

 12. Mengurus kelulusan permohonan membuat lawatan oleh sekolah

 13. Mengurus tugas-tugas protokol

 14. Mengurus latihan untuk pegawai dan staf

 15. Mengurus latihan LDP untuk sekolah

 

UNIT PENGURUSAN KEMANUSIAAN

 HAL EHWAL MURID

 1 Merancang , melaksana, menyelaras dan memantau

 • Program berkaitan disiplin dan keselamatan murid

 • Pengurusan Asrama Sekolah

 • Biasiswa / Bantuan Pelajar Miskin dan lain-lain bantuan pendidikan

 • Bantuan Skim Pinjaman Buku teks

 • Program bimbingan, kaunseling dan kerjaya murid

 • Program Pendidikan Pencegahan Dadah kerjasama dengan agensi lain

 KOKURIKULUM

 1 Merancang , melaksana, menyelaras dan memantau

 • aktiviti kelab/persatuan dan badan beruniform di peringkat sekolah dan daerah

 • kursus penasihat kokurikulum kepada guru-guru

 • kerjasama dengan agensi lain

 2 Menilai pelaksanaan program dan mencadang penambahbaikan

 

 SUKAN

 1 Merancang , melaksana, menyelaras dan memantau

 • Aktiviti sukan di peringkat sekolah dan daerah

 • kursus kejurulatihan sukan kepada guru-guru

 • Kerjasama agensi lain dalam aktiviti sukan

 2 Urusetia sukan MSSD

 3 Menilai pelaksanaan program dan mencadang penambahbaikan

 

 

UNIT PENTADBIRAN, PERKHIDMATAN DAN KEWANGAN

1. Mengurus dan menyelaras urusan pentadbiran am dan kewangan peringkat daerah;

 2. Mengurus hal ehwal perkhidmatan/perjawatan guru dan bukan guru di peringkat daerah;

 3. Mengurus hal ehwal pembayaran gaji, tuntutan perjalanan/perpindahan dan lain-lain di peringkat daerah;

 4. Mengurus dan memperakukan terimaan dan kutipan hasil;

 5. Menguruskan rekod harta tetap dan pelupusan;

 6. Mengawalselia penyediaan Penyata Akaun Sekolah dan mempastikan tiada laporan audit bersyarat;

 7. Mengawalselia rekod kewangan dan akaun (Buku Vot, daftar bil dan sebagainya);

 8. Menyediakan belanjawan tahunan;

 9. "Melaksanakan sistem kewangan secara elektronik;"

 10. Menyediakan khidmat nasihat dan rujukan dalam pengurusan kewangan kepada sekolah-sekolah.

 11. Menguruskan buku rekod perkhidmatan ( BRP )

 

 

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

1. Membantu membuat unjuran keperluan dan merancang prasarana pendidikan dari segi fizikal di peringkat daerah.

 2. Memantau kerja-kerja penyelenggaraan prasarana pendidikan khususnya di sekolah;

 3. Menguruskan tender dan sebut harga di peringkat daerah (yang berkaitan);

 4. Pemantauan bekalan peralatan dan perabot untuk sekolah / asrama.

 5. Mengumpul maklumat berhubung dengan pembangunan dan tapak projek;

 6. Bertanggunjawab terhadap pemantauan dan pembayaran melalui sistem PMS;

 7. Menghadiri mesyuarat tapak dan menyediakan laporan.

 

UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT DAN ICT

 1. Menyelaras dan melaksanakan penggunaan sistem aplikasi yang dijadualkan di peringkat daerah;

 2. Menguruskan kemasukan data, pencetakan laporan dan analisa data;

 3. Menguruskan hal-hal pengendalian perkakasan dan perisian aplikasi;

 4. Memberi input dan menyediakan ulasan perolehan peralatan komputer.

 5. Menyediakan khidmat sokongan teknikal

 6. Menyelaras dan menyenggara laman web

 7. Menyelia keselamatan sistem maklumat PPD

 

UNIT JAMINAN KUALITI

 1. Bertindak sebagai pakar rujuk kepada kumpulan pengetua dan guru besar

 2. Mengesan masalah dan memberi tunjuk ajar secara hand-on kepada pengurus dan pendidik di sekolah

 3. Membantu pengurus sekolah untuk menyelesaikan kekangan dalam pengurusan dan pentadbiran

 4. Melatih pemikiran pengurusan sekolah ke arah lebih berfikiran positif dan dinamik

 5. Membantu dalam memperkasakan sekolah

 6. Menjadi urus setia tetap mesyuarat pengurusan PPD dan semua urusan mendapatkan maklum balas minit mesyuarat pengurusan di peringkat PPD yang di tentukan oleh pihak pengurusan atasan

 7. Menyelarsakan pelaksanaan sistem penguruan perkhidmatan awam dan pekeliling perkhidmatan lain yang berkaitan

 8. Merancang, menyelaras dan melaksanakan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej pengurusan yang bertaraf dunia

 9. Menyelaraskan pengumpulan, penyelenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedaran laporan dan pelbagai dokumen kualiti di dalam organisasi

 10. Menyelaras semua anugerah kualiti dan inovasi di peringkat PPD.

 11. Merancang,menyelaras dan melaksanakan Audit Dalaman bagi seluruh proses kerja dalam organisasi

 

 

 

STAFF PPD KUDAT 2017

 

 

 

 

 

 

 
 
View My Stats