Pejabat Pendidikan Daerah Keningau
Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Jumaat, 18 Ogos 2017

<<<<<<<<< Selamat Melayari  ke Portal Rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Keningau >>>>>>>>>

 

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

PETI SURAT 4

89007 KENINGAU< SABAH

Tel: 087-333617/087333618

Fax: 087-333758

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

EN. MASLY BIN WAHIP

Pegawai Pendidikan Daerah Keningau

DG52

 

VISI DAN MISI

 

VISI

"PENDIDIKAN BERKUALTI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

 

MISI

"MELESTARIKAN SISTEM PENDIIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA"

OBJEKTIF

1.   Melonjakkan prestasi peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM danSTPM

2.   Pencapaian 4 Sub - NKRA KPM:-

        a.  Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur 4 dan5 tahun dan peningkatan kualiti pendidikan sekolah

        b.  Meningkatkan penguasaan literasi dan numerasi murid tahap1

        c.  Menghasilkan  Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

        d.  Meningkatkan bilangan sekolah yang mendapa Tawaran Baru (New Deals)

3.   Kepimpinan Pendidikan-Memperkasa SK dan SMK

4.   Pemantapan pelaksanaan KSSR dan PBS

5.   Pemantapan Pengurusan Murid

        a. Peningkatan sahsiah murid

        b. Pengurangan kadar ponteng dalam kalangan murid sekolah

        c. Pembangunan sukan dan kokurikulum

        d. Pengurusan kebajikan murid

        e. Pembangunan Pusat Kokurikulum

 

6.   Perkhidmatan psikologi, kaunselling, konsultasi, bimbingan dan intervensi kepada pegawai/ warga pendidik yang memerlukan

7.   Pemantapan sistem pengurusan kualiti

       a. Pemantapan sistem perkhidmatan pendidikan

       b. Pemantapan Pengurusan kewangan dan akaun dalam semua aspek

8.   Pemantapan dalam pengurusan pentadbiran dan pengendalian peperiksaan awam dan PBS

9.   Pembangunan infrustruktur dan kemudahan di sekolah dan memastikandasar-dasar Kementerian Pendidikan Malaysia dilaksanakan

FUNGSI-FUNGSI

UNIT PENGURUSAN SEKOLAH

 1. Menyelia pengurusan dan pentadbiran sekolah rendah, menengah termasuk institusi pendidikan yang dibawah bidang kuasa PPD;

 2. Penempatan dan Pertukaran guru dalam daerah;

 3. Penempatan dan Kemasukan murid di daerah;

 4. Kelulusan permohonan guru ganti , KGSK;

 5. Panel pergerakan gaji dan nilaian prestasi;

 6. Kelulusan Cuti Guru Besar / Pengetua;

 7. Kelulusan permohonan pelancongan/pendaftaran PIBG;

 8. Pendaftaran kemasukan murid asing;

 9. Menyelia dan Menyelaras Pendidikan Khas/ Pendidikan Swasta di peringkat daerah;

 10. Mengurus kebenaran mengutip derma

 11. Mengurus kebenaran membuat kajian

 12. Mengurus kelulusan permohonan membuat lawatan oleh sekolah

 13. Mengurus tugas-tugas protokol

 14. Mengurus latihan untuk pegawai dan staf

 15. Mengurus latihan LDP untuk sekolah

 

UNIT PENGURUSAN AKADEMIK

 1. Membuat pencerapan, penyeliaan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah rendah dan menengah;

 2. Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti kurikulum di sekolah rendah dan menengah;

 3. Menyelaras, melaksanakan aktiviti pembangunan akademik dan perkembangan pegawai pendidikan mengikut bidang yang

     ditentukan bagi jangka pendek dan  sederhana;

 4. Memantau, menilai pencapaian akademik serta perlaksanaan langkah-langkah pemulihan;

 5. Menggembeling guru-guru cemerlang mengetuai panitia dalam bidang masing-masing.

 6. Bekerjasama dengan PKG, BTPN dalam aspek teknologi pendidikan dan pelaksanaan kurikulum sekolah bestari;

 7. Memantau, menyelaras dan memastikan pentaksiran berasaskan sekolah bagi setiap mata pelajaran yang ditetapkan

 

UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

 1. Mengurus dan mengendalikan pelbagai peperiksaan awam dalam dan luar negeri di peringkat daerah.

 2. Mengurus dan mengendalikan PTK diperingkat daerah;

 3. Membantu menguruskan pendaftaran calon peperiksaan peringkat daerah;

 4. Memberi maklumat dan sokongan untuk pentauliahan pusat peperiksaan;

 5. Urusetia setiap program latihan penilaian di peringkat daerah;

 6. Mengurus dan mengendalikan Pentaksiran Sekolah dalam daerah;

 7. Mengurus keselamatan peperiksaan di daerah;

 8. Merancang,mengurus dan mengelola penggunaan teknologi maklumat dalam pengurusan dan penilaian peperiksan di daerah;

 9. Menyelaras, memproses maklumat dan data sekolah / calon peperiksaan di daerah;

 10. Memberikan khidmat nasihat tentang peperiksaan awam di peringkat daerah;

 11. Memberi maklumat yang tepat, cepat dan jitu tentang peperiksaan di daerah.

 

UNIT PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

 1. Mengurus, menyelaras aktiviti Kurikulum dan Ko-kurikulum Pendidikan Islam /Moral.

 2. Menyelia, memantau keberkesanan pelaksanaan Kurikulum dan Ko-kurikulum Pendidikan Islam /Moral;

 3. Menganalisa peperiksaan PAFA dan yang berkaitan;

 4. Penempatan /Pertukaran Guru Agama;

 5. Menyelaras kemasukan pelajar ke kelas aliran Agama;

 6. Menyelaras pembangunan dan perkembangan guru-guru pendidikan Islam termasuk melalui kursus-kursus dalam perkhidmatan.

 

UNIT PENGURUSAN KEMANUSIAAN

 

 HAL EHWAL MURID

 1 Merancang , melaksana, menyelaras dan memantau

 • Program berkaitan disiplin dan keselamatan murid

 • Pengurusan Asrama Sekolah

 • Biasiswa / Bantuan Pelajar Miskin dan lain-lain bantuan pendidikan

 • Bantuan Skim Pinjaman Buku teks

 • Program bimbingan, kaunseling dan kerjaya murid

 • Program Pendidikan Pencegahan Dadah kerjasama dengan agensi lain

 

 KOKURIKULUM

 1 Merancang , melaksana, menyelaras dan memantau

 • aktiviti kelab/persatuan dan badan beruniform di peringkat sekolah dan daerah

 • kursus penasihat kokurikulum kepada guru-guru

 • kerjasama dengan agensi lain

 2 Menilai pelaksanaan program dan mencadang penambahbaikan

 

 SUKAN

 1 Merancang , melaksana, menyelaras dan memantau

 • Aktiviti sukan di peringkat sekolah dan daerah

 • kursus kejurulatihan sukan kepada guru-guru

 • Kerjasama agensi lain dalam aktiviti sukan

 2 Urusetia sukan MSSD

 3 Menilai pelaksanaan program dan mencadang penambahbaikan

 

UNIT KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

1. Membantu membuat unjuran keperluan dan merancang prasarana pendidikan dari segi fizikal di peringkat daerah.

 2. Memantau kerja-kerja penyelenggaraan prasarana pendidikan khususnya di sekolah;

 3. Menguruskan tender dan sebut harga di peringkat daerah (yang berkaitan);

 4. Pemantauan bekalan peralatan dan perabot untuk sekolah / asrama.

 5. Mengumpul maklumat berhubung dengan pembangunan dan tapak projek;

 6. Bertanggunjawab terhadap pemantauan dan pembayaran melalui sistem PMS;

 7. Menghadiri mesyuarat tapak dan menyediakan laporan.

 

UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT DAN ICT

 1. Menyelaras dan melaksanakan penggunaan sistem aplikasi yang dijadualkan di peringkat daerah;

 2. Menguruskan kemasukan data, pencetakan laporan dan analisa data;

 3. Menguruskan hal-hal pengendalian perkakasan dan perisian aplikasi;

 4. Memberi input dan menyediakan ulasan perolehan peralatan komputer.

 5. Menyediakan khidmat sokongan teknikal

 6. Menyelaras dan menyenggara laman web

 7. Menyelia keselamatan sistem maklumat PPD

 

UNIT JAMINAN KUALITI

 1. Bertindak sebagai pakar rujuk kepada kumpulan pengetua dan guru besar

 2. Mengesan masalah dan memberi tunjuk ajar secara hand-on kepada pengurus dan pendidik di sekolah

 3. Membantu pengurus sekolah untuk menyelesaikan kekangan dalam pengurusan dan pentadbiran

 4. Melatih pemikiran pengurusan sekolah ke arah lebih berfikiran positif dan dinamik

 5. Membantu dalam memperkasakan sekolah

 6. Menjadi urus setia tetap mesyuarat pengurusan PPD dan semua urusan mendapatkan maklum balas minit

     mesyuarat pengurusan di peringkat PPD yang di tentukan oleh pihak pengurusan atasan

 7. Menyelarsakan pelaksanaan sistem penguruan perkhidmatan awam dan pekeliling perkhidmatan lain yang berkaitan

 8. Merancang, menyelaras dan melaksanakan sistem kepiawaian pengurusan kualiti yang seragam untuk melonjakkan imej

     pengurusan yang bertaraf dunia

 9. Menyelaraskan pengumpulan, penyelenggaraan, penerbitan, penyimpanan dan pengedaran laporan dan pelbagai

     dokumen kualiti di dalam organisasi

 10. Menyelaras semua anugerah kualiti dan inovasi di peringkat PPD.

 11. Merancang,menyelaras dan melaksanakan Audit Dalaman bagi seluruh proses kerja dalam organisasi

 

UNIT PENTADBIRAN, PERKHIDMATAN DAN KEWANGAN

1. Mengurus dan menyelaras urusan pentadbiran am dan kewangan peringkat daerah;

 2. Mengurus hal ehwal perkhidmatan/perjawatan guru dan bukan guru di peringkat daerah;

 3. Mengurus hal ehwal pembayaran gaji, tuntutan perjalanan/perpindahan dan lain-lain di peringkat daerah;

 4. Mengurus dan memperakukan terimaan dan kutipan hasil;

 5. Menguruskan rekod harta tetap dan pelupusan;

 6. Mengawalselia penyediaan Penyata Akaun Sekolah dan mempastikan tiada laporan audit bersyarat;

 7. Mengawalselia rekod kewangan dan akaun (Buku Vot, daftar bil dan sebagainya);

 8. Menyediakan belanjawan tahunan;

 9. "Melaksanakan sistem kewangan secara elektronik;"

 10. Menyediakan khidmat nasihat dan rujukan dalam pengurusan kewangan kepada sekolah-sekolah.

 11. Menguruskan buku rekod perkhidmatan ( BRP )

 

PIAGAM PELANGGAN

Kami warga Pejabat Pendidikan Daerah Keningau

 dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji

akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:

 

1.     Memastikan semua kanak-kanak dengan mengutamakan warga mengikut umur yang ditentukan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan bermula.

2.     Menempatkan guru-guru ke sekolah-sekolah tidak lewat daripada tiga minggu setelah menerima senarai guru-guru IPGM dan IPTA/IPTS  dari Kementerian Pendidikan

3.     Memastikan semua sekolah sentiasa dibekalkan dengan guru-guru mengikut pengkhususan dan keperluan sekolan tiga minggu sebelum sekolah bermula bagi guru-guru

         lepasan IPGM dan dua minggu bagi guru-guru siswazah berdasarkan bekelan guru yang diterima daripada Jabatan Pendidikan Negeri.

4.     Memastikan setiap guru menghadiri kursus sekurang-kurangnya tujuh kali setahun sama ada kursus berpusat atau dalaman.

5.     Mengurus dan menyelesaikan hal-hal perjawatan dan perkhidmatan semua guru dan staf dalam tempoh satu bulan daripada tarikh penerimaan permohonan.

6.     Memastikan pas kerja guru diperoses  dalam tempoh dua bulan daripada tarikh penerimaan permohonan.

7.     Memanjangkan permohonan ke Institusi Pendidikan Pwasta dan Unit Perhubungan & Pendaftaran Sekolah dua minggu daripada tarikh permintaan.

8.     Memastikan tuntutan elaun perjalanan guru dan AKS diproses dalam masa dua minggu daripada tarikh penerimaan.

9.     Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan, murid, guru,AKS dan komuniti.

10.   Memberi layanan mesra, cekap, tepat dan integriti kepada pelanggan setiap masa.

11.   Memastikan setiap aduan pelanggan disiasat dan diambil tindakan mengikut prosedur kualiti.

12.   Sentiasa meneliti cadangan dan teguran daripada pelanggan untuk kemajuan penambahbaikan sistem pejabat.

SLOGAN

"KENINGAU MONOTOS JANGAN ALANG-ALANG"

 

 

 

 

 

 

 
 
 
View My Stats