Sektor Jaminan Kualiti
Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Selasa, 17 Oktober 2017

FAQ 1 Apakah kriteria pemilihan untuk mengikuti Program Immersion Kepengetuaan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah?

  • Pengetua yang baru dilantik dua tahun kebelakangan.
  • Permohonan khas dari pengetua yang terlibat.

 

Bagaimanakah cara untuk sekolah/Pejabat Pelajaran Daerah menyertai Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu (KMK) Kerja peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia?

  • Sekolah perlu menubuhkan kumpulan meningkat mutu kerja yang dianggotai oleh 6 hingga 10 orang.
  • Menyediakan projek Kumpulan Mutu Kerja (KMK)  yang dilaksanakan di sekolah/Pejabat Pelajaran Daerah mengikut garis panduan dalam PKPA Bil. 7/1991.
  • Dokumenkan projek dan hantar kepada urusetia peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Sabah untuk dinilai (u.p Unit Kepiawaian dan Dokumentasi, Sektor Jaminan Kualiti JPN Sabah) .
  • Jika memenuhi syarat yang ditetapkan (mengikut tahun semasa) akan dihantar ke urusetia peringkat Konvensyen Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

Apakah syarat minima untuk sekolah mencalonkan diri dalam Anugerah Sekolah Cemerlang?

  • Melaksanakan penarafan kendiri sekolah (SKPM) bagi 3 tahun terakhir dan mencapai taraf cemerlang sekurang-kurangnya 80% ke atas.
  • Mematuhi syarat minima yang ditetapkan oleh setiap kategori. Gred purata sekolah dalam semua peperiksaan awam bertambah baik.
  • Mencapai kemenangan sekurang-kurangnya di peringkat negeri, dalam aktiviti kokurikulum bagi tiga tahun kebelakangan.
  • Memenangi anugerah kecemerlangan, sekurang-kurangnya di peringkat negeri bagi tiga tahun kebelakangan.
  • Menerima laporan audit tanpa teguran berturut-turut bagi tiga tahun kebelakangan.
  • Menghantar profil sekolah untuk pencalonan Anugerah Sekolah Cemerlang kepada urusetia (Sektor Jaminan Kualiti).

 

Apakah skop utama yang diamalkan dalam sistem pengurusan MS ISO di Jabatan Pelajaran Negeri Sabah?

JPN Sabah mengamalkan sistem pengurusan kualiti berasaskan MS ISO 9001 : 2008. Skop utama pelaksanaan:
· PK 01 Pengurusan Penempatan Guru
· PK 02 Pengurusan Pertukaran Guru
· PK 03 Pengurusan Pemantauan
· PK 04 Pengurusan Aduan
· PK 05 Pengurusan Maklum Balas Pelanggan
· PK 06 Pengurusan Latihan Personel
· PK 07 Pengurusan Perolehan
· PK 08 Pengurusan Penyelenggaraan
· PK 09 Pengurusan Audit Dalam
· PK 10 Kawalan Dokumen
· PK 11 Tindakan Pembetulan dan Pencegahan
· PK12 Kawalan Perkhidmatan Tidak Akur

 

end faq

View My Stats