Sektor Pengurusan Akademik
Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Jumaat, 18 Ogos 2017

 

UNIT BAHASA - PRA SEKOLAH

 

1                 Apakah tujuan Pendidikan Prasekolah? 

Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi murid berumur 4-6 tahun secara menyeluruh dan bersepadu, meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif agar murid bersedia untuk menghadapi cabaran serta mengikuti pembelajaran seterusnya. 

 

2                 Berapakah peruntukan masa minimum di tadika?

Peruntukan masa minimum di tadika ialah sekurang-kurangnya 240 minit

                          Sehari bagi kanak-kanak yang berumur 5+ tahun dan 210 minit sehari untuk kanak-kanak yang berumur 4+ tahun.

 

3                 Siapakah yang mengajar Pendidikan Islam di tadika?

Pendidikan Islam di tadika diajar oleh guru Pendidikan Islam yang bertauliah sekurang-kurangnya 120 minit seminggu.

                          

4                 Bagaimanakah pentaksiran di tadika dilaksanakan?

Ujian dan peperiksaan tidak dijalankan di tadika kerana bertentangan dengan amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Pentaksiran di tadika hendaklah dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan pertumbuhan dan perkembangan menyeluruh murid. 

 

5                 Mengapakah penggunaan buku kerja tidak digalakkan di tadika?  

Penggunaan buku kerja tidak digalakkan di tadika kerana murid belajar dan memperoleh pengetahuan serta kemahiran melalui pelbagai aktiviti pembelajaran seperti aktiviti bermain, hands-on dan penerokaan persekitaran. Buku kerja biasanya berfokus kepada latihan bertulis dan tidak sesuai dengan tahap perkembangan setiap murid.

 

6                 Siapakah yang sesuai menggantikan guru tadika untuk mengajar jika guru  cuti / berkursus / menghadiri mesyuarat?

Guru yang mengajar di tahap satu boleh menggantikan guru tadika untuk mengajar. 

 

7                 Adakah Pembantu Pengurusan Murid boleh menggantikan guru tadika untuk mengajar jika guru cuti/ berkursus/ bermesyuarat?

 

8                 Adakah Pembantu Pengurusan Murid boleh menggantikan guru tadika untuk mengajar jika guru cuti/ berkursus/ bermesyuarat?

 

Pembantu Pengurusan Murid tidak boleh menggantikan guru tadika untuk mengajar.  Mereka hanya boleh membantu semasa proses PdP. 

 

9                 Mengapakah semua tadika perlu menggunapakai KSPK (Semakan 2017)?

Ini adalah berdasarkan Akta Pendidikan 1996, yang menetapkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika.

 

10                 Di mana saya boleh dapatkan KSPK (Semakan 2017) ?

KSPK     (Semakan     2017)     boleh      dimuat      turun daripada laman web  http://bpk.moe.gov.my

 

 

 

UNIT KAJIAN KEMASYARATAN -  KSSR UMUM

                         

                         1                    Bilakah KSSR mula dilaksanakan?

                          Pada tahun 2011

 

                   2                     Bolehkahpihakpentadbirsekolahmengurangkanperuntukanwaktumatapelajaran yang telahditetapkan?

                   TIDAK BOLEH. Peruntukan waktu minimum yang telah ditetapkan HARUS dipatuhi oleh semua pihak

 

                        3.                    Apakahperbandingan KSSR dengan KSSR Semakan 2017?

          

                         

KSSR

KSSR Semakan 2017

 

  Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3): Dokumen Standard   Kurikulum (DSK)

  Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6): Dokumen Standard   Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

 

 

  Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

 

  Mengikut Minit Seminggu

 

 

  Mengikut Peruntukan Minimum Jam Seminggu

 

  Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3):

  Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan           Modul Teras Elektif

  Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6):

  Mata pelajaran Teras & Elektif

 

 

  Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3): Mata pelajaran Teras & Elektif

 

  Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6): Mata pelajaran Teras & Elektif

  EMK: 

  Bahasa,  

  Sains & Teknologi,

  Teknologi  Maklumat & Komunikasi,

  Kelestarian Alam Sekitar,

  Nilai Murni,

  Patriotisme.

 

 

  EMK:

  Bahasa, Sains & Teknologi,

  Teknologi Maklumat & Komunikasi,

  Kelestarian Alam Sekitar,

  Nilai Murni,

  Patriotisme

  Kreativiti & Inovasi, Keusahawanan,

  Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK)

  Kelestarian Global

 

 

  PEDAGOGI:

  Pembelajaran Berasaskan

  Inkuiri, Penyelesaian

  Masalah, Pembelajaran

  Kontekstual, Pembelajaran

  Kolaboratif Dan Pembelajaran

  Berasaskan Projek.

 

 

  PEDAGOGI: Pembelajaran Berasaskan Inkuiri,

  Penyelesaian Masalah,    

  Pembelajaran Kontekstual,

  Pembelajaran Kolaboratif dan Pembelajaran Berasaskan Projek,             Pendekatan Konstruktivisme,  

  Pendekatan STEM.

 

  Pentaksiran Sekolah Sumatif & Formatif

 

 

  Penawaran Mata Pelajaran Baharu

 

  Dunia Sains & Teknologi (DST) – Tahap 1

  TMK sebagai mata pelajaran

  Pendidikan Jasmani,

  Pendidikan Kesihatan,

  Dunia Muzik - Tahap I

  Dunia Seni Visual - Tahap I

  Pendidikan Seni Visual - Tahap II

 

  Sains

  TMK sebagai Modul Tambahan

  Pendidikan Kesenian

  Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan

 

 

UNIT BAHASA MELAYU

 

 

 

1                 Apakah fokus pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah?

 

Pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah berfokus pada kemahiran literasi (konsep kembali kepada asas) dan aplikasi bahasa. Kemahiran asas literasi memberi penekanan kepada murid tahap I (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3) untuk menguasai sepenuhnya asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta dilaksana sepenuhnya dalam pengajaran secara terancang.

 

Pada tahap II (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6) pula, pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu memberi penekanan kepada pengukuhan literasi dan aplikasi kemahiran bahasa supaya mereka lebih berketrampilan berbahasa dalam bentuk lisan dan bertulis.

 

2                 Adakah ProTiM masih dilaksanakan di sekolah rendah?

 

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pemulihan Khas Kebangsaan Bil.1  2015 bertarikh 7 Julai 2015 telah memutuskan bahawa IPP2M (Bahasa Melayu) dan IKAM (Matematik) diguna pakai sebagai ujian penentu penguasaan murid belum menguasai asas 3M Program Pemulihan Khas Tahap 2 menggantikan Program Pemulihan 3M (ProTiM).

 

Pelaksanaan IPP2M dan IKAM akan diurusetiakan oleh Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas dan akan dikendalikan oleh Guru Pemulihan Khas / Guru Pemulihan Khas NKRA serta dibantu oleh guru mata pelajaran dalam program intervensi pemulihan.

 

3                 Apakah instrumen yang digunakan untuk menilai murid Kelas Pemulihan Bahasa Melayu (KPBM) di SJKC?

 

Instrumen IPP2M akan digunakan untuk menilai murid KPBM di SJKC. Instrumen bolah di muat turun di laman web www.moe.gov.my/my/Muat-Turun-PPK.

 

4                 Adakah Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) masih dilaksanakan di sekolah rendah?

 

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) diteruskan sebagai sisipan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu 1 waktu seminggu.

 

5                 Adakah Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) di sekolah rendah masih dilaksanakan?

 

Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya pelaksanaan PLBS adalah antara penambahbaikan sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan yang menyokong prestasi UPSR. PLBS perlu diteruskan menggunakan bahan dan instrumen sedia ada. Maklumat pencapaian PLBS murid perlu disimpan dalam fail PLBS sekolah di bawah seliaan Panitia Bahasa Melayu. Rujukan surat KPMSP.100-1/7/1(81).

 

View My Stats