Berita & Aktiviti
Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Selasa, 17 Oktober 2017

 

 

Pada 2 Mei 2017 yang lalu, satu mesyuarat panel pemilihan Anugerah Pemilihan Guru Bakti Pedalaman telah diadakan di Bilik Mesyuarat kecil, Aras 10, Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah JPN Sabah, YBhg. Datuk Dr. Mohd. Kassim bin Hj. Mohd Ibrahim bersama semua Ketua Sektor JPN Sabah dan Ketua Penolong Pengarah BTPN Sabah bagi membincangkan dan memilih calon yang berkelayakan dan berkhidmat di sekolah pedalaman tidak kurang daripada 5 tahun bertugas. Sebagai makluman, Sektor Psikologi dan Kaunseling, JPN Sabah telah dipertanggungjawabkan oleh Urus Setia Hari Guru Negeri dalam mengendalikan Anugerah Pemilihan Guru Bakti Pedalaman pada tahun 2017 ini.

 

View My Stats