Berita & Aktiviti
Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Selasa, 17 Oktober 2017

 

 

 

 

Pada 18 Mei 2017 yang lalu, satu pembentangan mengenai Laporan Saringan Pegawai Berprestasi Rendah Dalam Pemantauan Fasa Pemerhatian Dasar Pemisah (Exit Policy) yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 10, Wisma Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Pembentangan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Engliman bin Roslan, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia dan turut hadir bersama beberapa pegawai daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan PADU, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membincangkan dan memantau hasil dapatan Laporan Saringan Pegawai Berprestasi Rendah Dalam Pemantauan Fasa Pemerhatian Dasar Pemisah (Exit Policy) bagi dapatan tahun 2015. Turut hadir bersama dalam pembentangan adalah Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah selaku urusetia dan beberapa Kaunselor Organisasi Daerah daripada PPD.

View My Stats