Berita & Aktiviti
Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Selasa, 17 Oktober 2017

 

 

 

 

 

 

Tradisi Program Ziarah MAYANG (Masih Ada Yang Sayang) sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah diteruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih warga Jabatan Pendidikan Negeri kepada warga pendidik yang telah menyumbang bakti kepada anak bangsa namun kini sedang mengalami sakit kronik yang berpanjangan. Ziarah tersebut telah diadakan sejurus selepas Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru peringkat Negeri 2017 diketuai oleh Datuk Hajah Maimunah binti Haji Suhaibul, Pengarah Pendidikan Negeri dan disertai oleh Pengurusan Tertinggi JPN Sabah. Ziarah tersebut turut dihadiri oleh Sektor Psikologi dan Kaunseling JPN Sabah, Pegawai Pendidikan Daerah Beaufort, dan ahli PeWanis negeri bertujuan menyampaikan sokongan moral warga guru seluruh negeri Sabah kepada rakan-rakan guru yang sedang mengalami sakit berpanjangan. Ahli rombongan ziarah tersebut menyampaikan sumbangan kepada 7 orang guru yang sempat diziarah pada hari tersebut di sekitar daerah Beaufort. Daerah Beaufort, Sipitang, Papar dan Kuala Penyu telah dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Guru Negeri 2017 dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa. Ziarah ini telah berlangsung pada 21-23 Mei 2017 yang lalu.

 

View My Stats