Berita & Aktiviti

Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Isnin, 18 Disember 2017

 

 

 

 

Pada 7 Jun 2017 yang lalu, telah berlangsung Mesyuarat Pengurusan Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Bil.1/2017 di Bilik Mesyuarat SAGA 1, Tingkat 7, Rumah Persekutuan, Kota Kinabalu. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Madaile bin Hj Basri, Ketua Sektor, Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Antara agenda yang dibincangkan adalah Laporan Pemeriksaan Perkhidmatan Kaunselor Organisasi 2017, Laporan Maklumat Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling JPN Sabah, Laporan Pelaksanaan Program/Aktiviti Ujian Psikometrik, Program dan Penulisan Kaunselor Daerah 2017, Pencapaian IMPACT SPsK bagi 2017, ePsK, Pembentangan teori psikologi (Al-Ghazali) dan hal-hal lain. Turut hadir bersama di kalangan Ketua Sektor, Pegawai Pendidikan Daerah, Penyelaras Psikologi Sektor dan Kaunselor Organisasi Daerah.

 

 
View My Stats